December 27, 2015

♥ Unexpected Feeling. (part 2)


** Sambungan Unexpected Feeling **
** Dinasihatkan baca ⬆⬆⬆⬆ dulu baru baca ⬇⬇⬇⬇ **

New year, kami form4 (2012). Aku and dia, dah terpisah class. Dia budak pandai kaaaaaan, so dia dapat masuk kelas first balik, and aku still di class no 2. Pastu awal tahun tu dia duk kacau kacau aku, dia kata nak jadi boyfriend aku. kahkahkah. Sumpah penat gila melayan dia, sampai aku pun tersuka kat dia T_T Dia jenis takreti putus asa. Aku ignore dia, aku buat muka meluat, semualah aku buat T_T tapi still dia duk kacau jugak. Taktau la aku, semua laki mcm tu la kut kalau nak dapatkan girlfriend? Kehkeh lepas tu, aku pun couple dengan dia. Dalam akhir bulan 3 or awal bulan 4 maybe? Macam tu la.  

Dia bgtahu aku quote dia yang dia guna sepanjang dia hidup "Once you broke my heart, you'll never get it back." Aku pun ha ok. Then lepas dua minggu. Kahkahkah, benda paling lawak dalam hidup aku yang pernah terjadi, dia mintak clash. HAHAHAHAHAHHA time tu aku mcm, weh ape doh? weh kau kenape doh? Kau ok tak doh? Baru dua minggu doh? bodoh doh. The silly-est alasan nak clash pernah aku dengar, dia bagi kat aku. Hahahahahaha. Ada satu entry marah aku buat kat sini sebab dia buat aku mcm tu, pandai pandai la korg cari. Kehkeh. Pastu mmg aku completely lari dari dia. Aku mmg ignore dia terus. Lepas sebulan kut? Pihak sekolah suruh aku dengan kawan kawan aku, pindah class. 

Nak tahu pindah class mana? Class first. K. Aku macam peh, pedia ni cikgu pedia ni pediaaaaaa. Cikgu suruh pindah sebab class first banyak lelaki and just ada sorang perempuan, which is yang taklama lagi dia akan pindah sekolah. T_T kami like, weh kita orang dah selesa dalam class ni, suruh pindah class baru pulak. Class yang ada orang dibenci pulak? Semua dalam class first tu semua lelaki yg kami tak suka. Bukan tak suka la, more like kurang baik. Macam tak ngam la, ha senang. Tapi dah keputusan cikgu muktamad, aku dengan 6 orang kawan aku lagi pindah masuk kelas baru ni ha....

Awkward tu taktau nak habaq la weh. Memang perempuan sunyi gila nak mampus, buat hal sendiri, sembang sendiri sendiri, buat macam budak lelaki tak wujud. Kehkeh. kadang kadang je dengar suara suara halus gelak time budak lelaki buat lawak. Tu pun lepas gelak, cepuk mulut menyesal sebab gelak. Hahahaha macam protest la kononnya. Then dah lama lama, mula la ok sikit. Duduk class skali kut, kena marah sama sama, kena bebel sama sama, jalan gi makmal sama sama, mana tak jadi baik. Kan? 

Tapi aku and my geng still tak suka dia. Sebab dia lah budak yang paling tak serious dalam class tu. Kalau ada time je mesti kutuk dia. Aku pun join sekali kutuk walaupun dalam hati tak sampai hati, sebab weh aku still suka dia kut? Tapi dah dia buat aku macam tu? Hmmmm... and kawan kawan aku, sorang pun tak tahu aku pernah couple dengan dia. Dorang kutuk mmg kaw kaw ah, sakit jugak hati aku time tu. Kahkahkah.

Pastu, till one day. Dia message aku balik....... 

wait for Unexpected Feeling part 3.  Adios~

8 comments:

No harsh word. Thank you! x